Tuesday, November 30, 2010

Masa merubah segalanya..!!!

dulu, masa takde blog...sibuk nak menulis..ada banyak benda nak dikongsi, sampaikan pernah terpikir untuk pinjam blog kawan, siap suruh kawan janji yang dia akan guide/ajar saya berblogging! loser kan?

tapi itu dulu. masa saya belum mempunyai blog...tapi bila dah ada blog sendiri, terabai je blog ni..update tidak, kadang2 tu, berminggu2 baru la log in. keghairahan untuk menulis dalam blog dah tak sehebat sebelum ada blog..ada banyak benda/subjek nak dikongsi,tapi rasa macam tak perlu pula bila nak update blog ni...kenapa eh?

dulu saya siap buat note kat facebook, sbb takde blog...bila ada saya re-post kat blog pula..bila baca semula note tu baru2 ni, saya dah tak ingat pada siapa saya tujukan note itu...kerana masa merubah segalanya! masa membuatkan saya lupa perasaan marah itu, masa telah berjaya!

Masa,
boleh tak berhenti kejap?...tapi andai masa terhenti untuk saya, maka saya tidak lagi bernafas di bumi Allah SWT ini..saya lelah. tak terkejar...

orang berubah, cuaca bertukar, musim berganti, hari berselang...semua kerana masa.

mesti seronok kalau dapat kembali ke masa lampau...there are few things that i wanna do differently so i will regret lesser by today.

saya sedar masa telah jauh meninggalkan saya...lebih2 lagi bila saya baru nak bertatih, sedangkan yang lain sudahpun berlari...ada yang lari pecut, terus tanpa halangan, ada juga yang berhalangan...saya yang tertinggal dibelakang...*sedih*

saya tak marah pada masa...ini semua salah saya sbb tak boleh cope dengan masa...masa harus terus bergerak tanpa menunggu sesiapa..tanpa harus menunggu saya memakai sepatu sekalipun..

time heals almost everything!!!