Monday, January 11, 2010

"K.A.W.A.N"

I posted this note on Facebook on May 22, 2009.

-KAWAN-

aku sdg marah. marah dgn sesorg yg namanya 'kawan'.aku blom ada blog, so ak tulis ar kat notes ni. wpon ada je kawan ak yg bagi 'pinjam' blog die utk publish apa2. aku lebey selesa+puas hati kot klu tulis kat note ni je.

Ketidakpuasan hati tidak dpt dipuaskn dgn memarahi/bergaduh/sound atau apa2 je yang seangkatan dgnnya...tp kemarahan itu harus diluahkan. sbb kalau simpan lama2,lagi teruk..bila2 masa bleh meletop plus dosa pun bertmbh2 plak nnt...

Orang selalu berpesan supaya pilih KAWAN YANG BAEK!. x kisahlah mak,ayah, sepupu,kakak,abang dan adik sekalipon...itu yang dorg slalu pesan. ada jugak kawan yg pesan camni...

'kawan yang baek', tp sejauh mana baeknya kawan kita tu, kita xkan tau kot...apa benchmark utk mengukur tahap kebaikan seseorg eh? ada ke? wujud ke?
but then, yg plg penting, boleh or layak ke kita nk ckp org tu baek atau tak?
sape kita? dah cermin diri sendiri?
buruk baek diri sendiri mmg bleh dinilai, tp ttp akan biased (mcm variation to biased sampling dlm stat) sbb xkan kita nk mengaku yang diri sndr ni jahat, x baek, nakal, etc.
tak dinafikn, mmg ada org yg mengaku dirinya kurg baek atau tidak sempurna. tahniah. krn anda dpt menerima kenyataan.

yang masalahnya timbul ialah bila 'kawan' yang 'baek' mula mengukur kebaikan org laen. mula menjadi juri wpon x blaja Law. mula menunding jari. mula membuat spekulasi. mula bercakap.
akan kekal di posisi 'kawan yang baek' ke kawan kita tu?

'kawan yang baek' selalunya akan mempertahankan kawannya yang laen. mempertahankan dari segi maruah. memberi sokongan. membantu dari pelbagai aspek. membantu selagi terdaya.

'kawan yang baek' tidak akan dengan sengaja memperkotak-katikkan kawannya.melukakan hati. menjatuhkan air muka.apatah lagi mahu bercerita dengan orang ramai perihal kawannya.

tapi memandangkan anda 'kawan yang baek', anda akan mencoba untuk menebus kembali kesalahan anda.untuk mengambil semula hati kawan yang telah dikecewakan.untuk menjernihkan talian 'persahabatan'.atau untuk menjaga imej 'baek' anda di mata khalayak ramai sekalipon.

ye. benar. manusia sering membuat kesilapan.mungkin sekali dpt dimaafkan kawannya.kali kedua kesabaran kawannya diuji. kemaafan dianugerahkan lagi.
tapi sampai bila 'kawan yang baek' mahu menyedari kesalahannnya?.lebih tepat,mengakui kesalahannya?.

kepada 'kawan yang baek',sesuaikanlah diri anda dengan gelaran yang anda sendiri inginkan.supaya orang laen tak mengata di kemudian hari. jika anda benar2 baek. mungkin saya tidak akan ada masalah dengan anda.tapi nnt takkan tercipta pulak note ini kan?

semua org perlu 'kawan yang baek'.tidak bermakna 'kawan yang kurang baek' tidak langsung diperlukan.hanya kita,empunya diri yang tahu apa yang kita perlukan. mungkin 'kawan yang kurang baek' itu lebey baek dan berguna daripada 'kawan yang baek'.

sekian dulu.mungkin ada kesinambungannya nnt.
saya hanyalah perapu yang ingin meluahkan perasaan kerana amarah didalam hati.

Walau macam mana celakanya kehidupan itu. Ia tetap kehidupan. (Zahiril Adzim)

'berkawan biar seribu'.'kawan yang kurang baek' juga termasuk dalam kiraan saya ini ya....
dan saya bukan kawan yang sempurna.

No comments:

Post a Comment